Ahad, 11 Disember 2011

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR HARIAN PEMULIHAN (SK)








RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

PENDIDIKAN KHAS PEMULIHAN

Nama : Jurayah @ Jane Botohong

Sekolah : SK Pekan Kudat II, Kudat, Sabah.

Kelas : 2 UPM

Jumlah : 5 orang

Tarikh : 04 Oktober 2011

Hari : Selasa

Masa :8.00-8.30 a.m

Tema : Keluarga Ceria

Tajuk : 4) Suku kata KV (ba, ca, da)

Objektif P&P : Pada akhir bahagian ini murid dapat:

- menulis suku kata KV berdasarkan gambar yang betul.

Hasil penbelajaran : Murid dapat menyesuaikan kad suku kata KV dengan gambar atau

sebaliknya dan menulis suku kata KV terbuka

Pengetahuan sedia ada:Boleh menyanyi dan tahu lagu ABC, serta sudah menguasai atau

mengenali suku kata KV

Bahan Bantu Mengajar:Kaset/CD/lagu dalam computer, kad seni kata lagu, alat tulis,

murid

Penerapan Nilai :Berusaha, hormat guru, bersungguh-sungguh, yakin

LANGKAH

AKTIVITI P&P

BAHAN BANTU MENGAJAR

Set Induksi

(5 Minit)

- Guru menyediakan satu kotak hadiah dan menyuruh murid meneka

isi dalam kotak itu.

- Kemudian guru menggunakan teknik penyoalan untuk menarik

minat murid mengetahui isi kotak itu yang mengandungi kad suku

kata KV dan akhirnya akan dikeluarkan satu persatu.

Kotak diisi kad suku kata

Langkah 1

(8 Minit)

- Guru membimbing murid mencantumkan suku kata dan meminta

murid menyebut perkataan yang dibina.

- Aktiviti ini diulang-ulang sehingga murid dapat mencantum dan

menyebut suku kata tersebut secara kumpulan dan individu.

Kad suku kata

Murid

Langkah 2

(12 Minit)

- Guru menerangkan kepada murid bahawa suku kata tadi boleh

diterbalikkan menjadi perkataan lain.

Contoh: Buku = Kubu

- Guru membimbing murid mencantumkan suku kata dari suku kata

kedua itu.

- Guru menyediakan aktiviti pengukuhan kreativiti dengan membina

perkataan bermakna berdasarkan kad bergambar yang telah

disediakan.

Kad suku kata / bergambar

Murid

Penutupan

(5 Minit)

- Guru merumuskan aktiviti dan menyuruh murid menyanyikan lagu

ABC.

- Pengajaran diakhiri dengan tepukan tangan dari semua murid sebagai

tanda kejayaan menguasai kemahiran hari ini.

CD Lagu ABC

Komputer

Murid

Refleksi guru

-Secara keseluruhannya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan suasana ceria dan pencapaian objektif pengajaran yang baik.