RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
PENDIDIKAN KHAS PEMULIHAN
Nama : Jurayah @ Jane Botohong
Sekolah : SK Pekan Kudat II, Kudat, Sabah.
Kelas : 2 UPM
Jumlah : 5 orang
Tarikh : 04 Oktober 2011
Hari : Selasa
Masa :8.00-8.30 a.m
Tema : Keluarga Ceria
Tajuk : 4) Suku kata KV (ba, ca, da)
Objektif P&P : Pada akhir bahagian ini murid dapat:
- menulis suku kata KV berdasarkan gambar yang betul.
Hasil penbelajaran : Murid dapat menyesuaikan kad suku kata KV dengan gambar atau
sebaliknya dan menulis suku kata KV terbuka
Pengetahuan sedia ada:Boleh menyanyi dan tahu lagu ABC, serta sudah menguasai atau
mengenali suku kata KV
Bahan Bantu Mengajar:Kaset/CD/lagu dalam computer, kad seni kata lagu, alat tulis,
murid
Penerapan Nilai :Berusaha, hormat guru, bersungguh-sungguh, yakin
LANGKAH |
AKTIVITI P&P | BAHAN BANTU MENGAJAR |
Set Induksi (5 Minit)
|
- Guru menyediakan satu kotak hadiah dan menyuruh murid meneka isi dalam kotak itu. - Kemudian guru menggunakan teknik penyoalan untuk menarik minat murid mengetahui isi kotak itu yang mengandungi kad suku kata KV dan akhirnya akan dikeluarkan satu persatu. |
Kotak diisi kad suku kata |
Langkah 1 (8 Minit)
| - Guru membimbing murid mencantumkan suku kata dan meminta murid menyebut perkataan yang dibina. - Aktiviti ini diulang-ulang sehingga murid dapat mencantum dan menyebut suku kata tersebut secara kumpulan dan individu.
| Kad suku kata Murid
|
Langkah 2 (12 Minit)
| - Guru menerangkan kepada murid bahawa suku kata tadi boleh diterbalikkan menjadi perkataan lain. Contoh: Buku = Kubu - Guru membimbing murid mencantumkan suku kata dari suku kata kedua itu. - Guru menyediakan aktiviti pengukuhan kreativiti dengan membina perkataan bermakna berdasarkan kad bergambar yang telah disediakan. | Kad suku kata / bergambar Murid |
Penutupan (5 Minit) | - Guru merumuskan aktiviti dan menyuruh murid menyanyikan lagu ABC. - Pengajaran diakhiri dengan tepukan tangan dari semua murid sebagai tanda kejayaan menguasai kemahiran hari ini. | CD Lagu ABC Komputer Murid |
Refleksi guru | -Secara keseluruhannya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan suasana ceria dan pencapaian objektif pengajaran yang baik. |
|